Skip to main content

JARINGAN USAHAWAN LONJAK PERNIAGAAN


OLEH: AKMAL RADZUAN

Setiap Usahawan merupakan pengendali kepada perniagaan yang dijalankan. Hal Ehwal berkaitan pengurusan dan perkembangan bisnes perlu diselia dan dianalisa sebaiknya bagi memastikan matlamat dan sasaran menjurus ke arah memenuhi kehendak pelanggan dan pulangan ke atas pelaburan yang positif.
Elemen terpenting yang tidak boleh disangkal oleh para usahawan ialah jaringan. Jaringan dalam keusahawanan antara wadah sebenar dalam memperkukuhkan perniagaan. Jaringan usahawan kadangkala terjadi secara tidak langsung tanpa disedari dan ianya boleh dilebarkan melalui segala bentuk hubungan antara manusia dalam kehidupan seharian untuk mendapat manfaat bersama.
Dalam dunia keusahawanan, jaringan perniagaan yang melibatkan hubungan dan aktiviti berkaitan bisnes perlu dititikberatkan. “No networking , not working” begitulah ungkapan yang sesuai digambarkan betapa pentingnya para usahawan harus melebarkan rangkaian jaringan. Tanpa jaringan usahawan, sukar untuk memajukan bisnes yang dijalankan dan keberadaan Jaringan dapat membantu meluaskan lagi pasaran perniagaan yang dibina.
 Jaringan usahawan yang berkesan sememangnya membantu dalam peringkat permulaan dan perkembangan bisnes. Para usahawan perlu memperuntukkan masa untuk mewujudkan rangkaian jaringan perniagaan dan menjaga hubungan dengan sebaiknya. Hubungan erat jaringan usahawan akan memudahkan urusan bisnes, memperluaskan pasaran dan mampu mengurangkan birokrasi yang melewatkan sesuatu proses perlaksanaan urus niaga .
Semakin ramai para usahawan mengenali orang sekeliling terutamanya indidvidu atau mana-mana pihak yang bersangkut paut dengan bisnes yang dijalankan, sudah pasti ianya akan membuka ruang dan peluang besar buat usahawan untuk bertukar pandangan dan menjalin kerjasama kukuh ke arah perkembangan perniagaan .
                Setiap usahawan dapat melebarkan rangkaian jaringan melalui pertemuan dengan individu atau mana-mana pihak secara dirancang mahupun secara tidak terduga. Pelbagai lokasi berbeza tema dan aktiviti juga acapkali dapat dijadikan ruang himpun untuk para usahawan memperluas jaringan baharu. Suatu bonus bagi seorang usahawan sekiranya mereka berjumpa atau berkenalan dengan individu yang tepat dengan keperluan mereka. Menyedari atau tidak, dalam setiap lokasi aktiviti seharian yang  kita lalui dalam komuniti, kecenderungan membina jaringan secara tidak langsung itu sentiasa hadir.
Minda berbisnes sentiasa hadir dalam kanvas minda seseorang usahawan. Usahawan perlu sentiasa melihat potensi besar dalam apa jua jaringan dan keterlibatan dengan orang sekeliling dalam segala aktiviti yang dilakukan kehidupan. Usahawan dan Multi bilionaire Terkenal, Robert T. Kiyosaki yang popular dengan karya agung buku Rich Dad Poor Dad ada menyebut bahawasanya beliau tidak hairan setiap kali ada usahawan yang bergiat aktif bermain golf bersama sahabat handai kerana banyak manfaat yang mereka perolehi. Robert mengakui secara peribadi bahawasanya beliau lebih banyak menghabiskan masa berbicara mengenai bisnes dan melakukan urus niaga di lapangan golf berbanding di pejabat urusannya. Justeru, lokasi juga boleh mencetus jaringan usahawan yang berkualiti dan berpotensi besar untuk menaikkan perniagaan usahawan.
“Lihat kepada penganjuran yang betul”. Ini antara komentar sebahagian usahawan yang ditemui mengakui pelbagai ruangan dan anjuran daripada pelbagai agensi daripada pihak kerajaan ataupun persendirian yang mewujudkan komuniti usahawan sebagai suatu tempat percambahan idea, perkongsian maklumat dan usaha sama dalam perniagaan yang lebih efektif kerana terhimpunnya semua pemain industri berkaliber.
Menyebut soal Jaringan dalam komuniti usahawan, Dewan Perniagaan Melayu  dan PKNS Bizclub antara tempat yang bertepatan. Seperti di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui Badan Pembangunan Usahawan (BPU) juga mempunyai komuniti usahawan menerusi PKNS Bizclub sebagai arena untuk para usahawan berkumpul dalam satu tempat untuk mengadakan diskusi dan bicara niaga yang membantu setiap usahawan memperbaiki dan mempertingkatkan bisnes yang dikendalikan.
Usahawan dan multi-bilionaire hebat yang merupakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pernah berkata dalam buku “why we want you to be rich” iaitu orang yang berjaya sentiasa mengesan peluang , sementara orang yang gagal akan menundukkan kepala dan beraksi seolah seolah tiada apa yang berlaku . Justeru, indidvidu seperti usahawan harus bijak mengambil peluang terbentang untuk memperkukuh jaringan seterusnya dapat memperluaskan pasaran sedia ada.
Perbezaan ketara antara individu berjaya dan individu gagal ialah bagaimana mereka menguruskan ketakutan, kerisauan dan kegagalan. Tukar kegagalan kepada kejayaan. Justeru, Jaringan usahawan yang kukuh sememangnya dapat membantu para usahawan mengatasi kelemahan dan kerisauan yang ada untuk terus mengorak langkah lebih jauh dalam perniagaan. Melalui perkongsian idea, pengalaman dan panduan yang diterima, para usahawan akan menjadi lebih matang dalam mengurus dan meningkatkan kemajuan perniagaan.
                “Kejayaan meninggalkan petunjuk”. Tepat sekali , jaringan usahawan yang dibina dapat menjadi pencetus kepada kejayaan dan sudah pasti kebarangkalian pentunjuk sukses itu hadir hasil hubungan baik yang terbina menerusi kenalan dan pelbagai platform jaringan yang disertai. Nilai pemasaran sebenar yang akan melonjakkan perniagaan ialah apabila sesuatu bisnes milik usahawan itu diketahui umum secara meluas dan ianya akan menjadi lebih berkesan apabila hubungan jaringan usahawan itu diperlebarkan . 




Comments

  1. Maklumat yang bagus di sini, saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman saya yang cuba mendapatkan pinjaman untuk mengembangkan Perniagaan Pakaian saya di sini di Malaysia. Sungguh sungguh berat pada perniagaan saya yang turun kerana penyakit masa kecil saya kemudian ketika saya sembuh saya memerlukan dana untuk menetapkannya lagi untuk saya bermula jadi saya berjumpa Encik Benjamin seorang pegawai perunding pinjaman di Le_Meridian Funding Service Dia bertanya saya dari projek perniagaan saya dan saya beritahu dia saya sudah memiliki Satu dan saya hanya perlu pinjaman 200,000.00 USD dia memberi saya borang untuk mengisi dan saya juga dia meminta saya ID Sah saya dalam beberapa hari Mereka melakukan pemindahan dan pinjaman saya telah diberikan . Saya benar-benar ingin menghargai usaha itu juga cuba mendapatkan ini kepada sesiapa yang mencari pinjaman perniagaan atau isu kewangan lain untuk Menghubungi Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian Pada E-mel: lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com Dia juga boleh didapati di WhatsApp Hubungi: +1 -9893943740.

    ReplyDelete
  2. Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian pergi ke atas dan di luar keperluan mereka untuk membantu saya dengan pinjaman saya yang saya gunakan memperluaskan perniagaan farmasi saya, Mereka adalah permata yang ramah, profesional, dan mutlak untuk bekerja dengan. Saya akan mengesyorkan sesiapa yang mencari pinjaman untuk dihubungi. Email..lfdsloans@lemeridianfds.com Atau lfdsloans@outlook.com.WhatsApp ... + 19893943740.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN DI SINI

BACA!

PEMANGKIN KEJAYAAN USAHAWAN

Oleh: Akmal Radzuan@akmalduanz Bidang keusahawanan menjadi pencetus kepada kemajuan ekonomi negara. Para usahawan dalam negara memainkan peranan penting dalam setiap bidang perniagaan yang mereka kendalikan. Sudah pasti di sebalik kejayaan seorang usahawan, ada pencetus dan pemangkin kepada sesebuah kejayaan yang digapai. Terdapat elemen-elemen pemangkin kejayaan usahawan yang memacu kemajuan perniagaan seseorang usahawan itu. Faktor-faktor ini sememangnya membawa kepada kejayaan seseorang usahawan dan bakal usahawan khususnya para usahawan muda dalam mendepani dunia perniagaan masa kini. Antara pemangkin kejayaan seseorang usahawan muda ialah : 1.        Ilmu Ilmu penyuluh kehidupan. Islam amat menitikberatkan tentang ilmu. Segala apa yang kita lakukan di dunia ini memerlukan ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Kita tidak akan mengetahui apa-apa melainkan dengan ilmu yang kita tuntut atau kita pelajari. Seperti seorang usahawan, kepen...

LANGKAH - LANGKAH MEMULAKAN PERNIAGAAN

oleh: Akmal Radzuan @akmalduanz Perniagaan boleh disimpulkan sebagai seni mengambil duit orang. Setuju? Atau ianya persepsi. Jika diteliti, definisi perniagaan ialah sebuah bentuk organisasi yang sah dan diiktiraf untuk menyediakan barangan atau perkhidmatan atau kedua-duanya kepada para pelanggan. Apa yang lebih penting, perniagaan dibina untuk memberikan manfaat kepada pelanggan. Soal keuntungan itu sudah pasti akan diterima kerana keuntungan hasil jual beli datangnya daripada perniagaan. Saya akui, kecenderungan menjadi usahawan dan membina sebuah perniagaan ini lahir daripada minat dan tidak semua yang memiliki minda sebegini. Minat dalam perniagaan juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor dorongan. Ramai yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan namun tidak menjumpai jalan untuk meneruskan niat dalam keusahawanan. Ramai juga yang takut untuk membina sesebuah perniagaan kerana memikirkan modal wang ringgit dan tidak berani menghadapi sebarang risiko. Ada juga yang meng...

NADIA THAHERAH EZLAN - BIJAK MENGAMBIL PELUANG, FOKUS PERKUKUHKAN PERNIAGAAN ONLINE

Oleh: Akmal Duanz NADIA THAHERAH EZLAN       Mula berurus niaga dengan hanya menjual 10 pasang kain telekung solat kepada rakan-rakan di kampus, usahawan muda manis jelita iaitu Nadia Thaherah Ezlan yang merupakan pengarah urusan Kurta Lelaki Malaya bijak mengambil peluang memperlebar perniagaan jualan pakaian yang dibina secara atas talian seawal tahun 2014 ketika dirinya masih bergelar mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Perniagaan di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.                 Bibit-bibit penglibatan beliau dalam dunia perniagaan banyak terinspirasi daripada atuknya terutama selepas ketiadaan ibu yang telah meninggal dunia sewaktu beliau sebagai pelajar tingkatan satu di sekolah Maahad Muhammadiah Perempuan, Kota Bharu. Arwah atuknya aktif menjalankan perniagaan kain dan pakaian serta memiliki kedai runcit di Kuantan, Pahang dan sejak di bangku sekolah lagi, beliau se...