Skip to main content

Posts

TIP DAN KISAH INSPIRASI

JARINGAN USAHAWAN LONJAK PERNIAGAAN

OLEH: AKMAL RADZUAN Setiap Usahawan merupakan pengendali kepada perniagaan yang dijalankan. Hal Ehwal berkaitan pengurusan dan perkembangan bisnes perlu diselia dan dianalisa sebaiknya bagi memastikan matlamat dan sasaran menjurus ke arah memenuhi kehendak pelanggan dan pulangan ke atas pelaburan yang positif. Elemen terpenting yang tidak boleh disangkal oleh para usahawan ialah jaringan. Jaringan dalam keusahawanan antara wadah sebenar dalam memperkukuhkan perniagaan. Jaringan usahawan kadangkala terjadi secara tidak langsung tanpa disedari dan ianya boleh dilebarkan melalui segala bentuk hubungan antara manusia dalam kehidupan seharian untuk mendapat manfaat bersama. Dalam dunia keusahawanan, jaringan perniagaan yang melibatkan hubungan dan aktiviti berkaitan bisnes perlu dititikberatkan. “No networking , not working” begitulah ungkapan yang sesuai digambarkan betapa pentingnya para usahawan harus melebarkan rangkaian jaringan. Tanpa jaringan usahawan, sukar untuk memajuk
Recent posts

PEMANGKIN KEJAYAAN USAHAWAN

Oleh: Akmal Radzuan@akmalduanz Bidang keusahawanan menjadi pencetus kepada kemajuan ekonomi negara. Para usahawan dalam negara memainkan peranan penting dalam setiap bidang perniagaan yang mereka kendalikan. Sudah pasti di sebalik kejayaan seorang usahawan, ada pencetus dan pemangkin kepada sesebuah kejayaan yang digapai. Terdapat elemen-elemen pemangkin kejayaan usahawan yang memacu kemajuan perniagaan seseorang usahawan itu. Faktor-faktor ini sememangnya membawa kepada kejayaan seseorang usahawan dan bakal usahawan khususnya para usahawan muda dalam mendepani dunia perniagaan masa kini. Antara pemangkin kejayaan seseorang usahawan muda ialah : 1.        Ilmu Ilmu penyuluh kehidupan. Islam amat menitikberatkan tentang ilmu. Segala apa yang kita lakukan di dunia ini memerlukan ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Kita tidak akan mengetahui apa-apa melainkan dengan ilmu yang kita tuntut atau kita pelajari. Seperti seorang usahawan, kepentingan menuntut ilmu dalam ap

MENDIGITALKAN BISNES ANDA

Suasana Perniagaan dan jual beli pada masa kini kian berubah. Tidak sama seperti zaman datuk dan nenek moyang kita dahulu. Semakin canggih teknologi mengikut peredaran zaman, semakin banyak kemudahan dan aplikasi canggih tercipta yang mempengaruhi aktiviti jual beli barangan dan perkhidmatan dalam masyarakat. Masyarakat pada hari ini sememangnya terdedah kepada dunia digital dan aplikasi canggih dengan menggunakan komputer dan telefon pintar.   Kegiatan jual beli pada hari ini kelihatan lebih meluas melangkaui sempadan negara. Semua aktiviti jual beli boleh dilakukan secara atas talian tidak kira di mana jua kita berada. Itulah kecanggihan teknologi digital yang dirasai kita ketika ini. Jika kita sebagai pengusaha perniagaan dan usahawan, hal ehwal pengurusan perniagaan juga kelihatan lebih mudah dan sistematik jika kita menerapkan teknologi terkini.                 Setiap individu di dunia memiliki telefon pintar. Betul? Jadi, ini ialah satu peluang terbaik sebagai usahawan un

LANGKAH - LANGKAH MEMULAKAN PERNIAGAAN

oleh: Akmal Radzuan @akmalduanz Perniagaan boleh disimpulkan sebagai seni mengambil duit orang. Setuju? Atau ianya persepsi. Jika diteliti, definisi perniagaan ialah sebuah bentuk organisasi yang sah dan diiktiraf untuk menyediakan barangan atau perkhidmatan atau kedua-duanya kepada para pelanggan. Apa yang lebih penting, perniagaan dibina untuk memberikan manfaat kepada pelanggan. Soal keuntungan itu sudah pasti akan diterima kerana keuntungan hasil jual beli datangnya daripada perniagaan. Saya akui, kecenderungan menjadi usahawan dan membina sebuah perniagaan ini lahir daripada minat dan tidak semua yang memiliki minda sebegini. Minat dalam perniagaan juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor dorongan. Ramai yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan namun tidak menjumpai jalan untuk meneruskan niat dalam keusahawanan. Ramai juga yang takut untuk membina sesebuah perniagaan kerana memikirkan modal wang ringgit dan tidak berani menghadapi sebarang risiko. Ada juga yang meng

DR. TAJUDIN ALI - GERMANY, HERE I COME

ONE ON ONE EXCLUSIVE INTERVIEW WITH SUCCESSFULL PHD HOLDER. BY: Akmal Radzuan@akmalduanz 1. Can   you tell  a bit  about yourself and your family? First and foremost, my na me is  Mohd   Tajudin  Bin  Mohd Ali, now as you  know,  I am deputy dean of the faculty of applied science in  UiTM  Shah  Alam .   I have  Doctor of philosophy in organic synthesis, from Germany. Since I was a child, i born at  Kampung  Sri  Chantek ,   Muar,  Johor Darul   Takzim .   My father as tappers and my mom as housewives.   i  grew up in a modest family. My family are not rich people but we as family are happy together.   we as family not have a lot of money but grateful for what we have.   I have 5 siblings and among of them,   I am a person in my family that holding PhD.   Since I was a child,   I am very familiar with hard situation and always grateful in everything that I have. Now I have a happy family with fi ve children with my lovely wife and happy with my career. 2. Can  you tel