Skip to main content

INOVASI- MOTOR KOPI

MOTOR KOPI

Oleh :Akmal Radzuan @akmalduanz


Anda peminat kopi? Minum di rumah atau di kedai kopi? Atau lebih menarik lagi sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk merasai keenakan kopi di jalanan sambil memerhati keindahan alam dan melihat gelagat orang sekeliling. Tetapi di mana? Jawapannya di mana-mana sahaja dengan kedai kopi bergerak yang berkonsepkan motorsikal, tiba di kawasan anda! Sudah pasti dengan izinNya, seteguk kopi akan membuatkan anda segar dan bertenaga sepanjang hari .

Kedai kopi bergerak yang dimaksudkan ialah Kedai Kopi Brotherhood & Co berkonsepkan motorsikal yang kini telah giat diusahakan oleh usahawan muda yang merupakan Pengarah Brotherhood & Co iaitu Fakaruddin Yusoff. Konsep perniagaan ini tercetus daripada pengalaman beliau yang melihat sendiri perniagaan kedai kopi berkonsep motorsikal di Vietnam sewaktu melancong di sana.

Konsep perniagaan kedai kopi bergerak ini seperti perniagaan food truck tetapi diubah kepada penggunaan motorsikal. Beliau mahu memperlebar konsep perniagaan seperti ini yang dilihat belum meluas di Malaysia dan mengakui konsep jualan seperti ini menjimatkan kos kerana perjalanan dari satu tempat ke satu tempat lain untuk menjual minuman hanya menggunakan motorsikal dan bebas untuk menjual di mana-mana kawasan.

Kini beliau sudah mencuba dan memulakan sendiri perniagaan kedai kopi bergerak ala barista dengan acuan moden dan eksklusif seperti yang telah dilaksanakan penjual minuman kopi di negara eropah. Beliau mula menjual minuman kopi dengan menawarkan kopi Saigon Vietnam untuk orang ramai. Tapak jualan di Universiti Teknologi Mara Shah Alam antara tempat yang pernah dijejaki oleh kedai kopi bergerak di bawah naungan Brotherhood & Co ini.

Fakaruddin mengakui, perniagaan berkonsepkan kedai kopi bergerak dengan motorsikal ini amat baru diketengahkan di bawah jenama perniagaannya dan masih lagi dalam kerangka kajian untuk penyelidikan dan pembangunan.

“Untuk mencuba sesuatu yang baharu, saya wajar mencuba dahulu dan mengikut standard operating procedure untuk mengenal pasti minat dan kecenderungan pelanggan berkenaan konsep jualan kopi ini.

“Saya mempunyai sasaran bahawa walaupun jualan kopi dilakukan di tepi jalan dengan menggunakan motorsikal, saya mahu orang ramai merasai pengalaman seolah-olah mereka berada di coffee house,” jelas Fakaruddin.

                Setakat ini, penawaran menu minuman terarah kepada kopi dari Vietnam dan beliau mahu menambah menu lain yang dapat menarik  minat semua golongan.

                “Umumnya, kopi memang sinonim dengan lelaki dan skop jualan agak kecil dan terarah kepada lelaki sahaja. Untuk menarik minat budak-budak dan wanita, kami akan perkenalkan menu minuman tambahan seperti coklat dan teh hijau,”ujar beliau.

                Konsep perniagaan kedai kopi menggunakan motorsikal ini baru sahaja dicetuskan Fakaruddin pada bulan September tahun 2018 untuk memperluaskan jenama perniagaan Brotherhood & Co .Beliau sememangnya meletakkan harapan dan sasaran tersendiri untuk dicapai.

                “Saya mahu menjalankan perniagaan kedai kopi berkonsepkan motorsikal ini secara franchise pada masa akan datang dan sesiapa yang berminat serta mempunyai sebuah motorsikal boleh memulakan perniagaan ini .

                “Saya akan memaklumkan langkah demi langkah kepada yang berminat  untuk menyedia dan menjual kopi. Segala kelengkapan telah tersedia dan akan diselenggara pada motorsikal tersebut,” ujar Fakaruddin.

                Menurut Fakaruddin, menerusi konsep perniagaan seperti ini, beliau mahu menolong dan memberi idea kepada orang ramai khususnya anak muda bahawa mereka sudah boleh berniaga dengan kos yang rendah melalui konsep kedai kopi bergerak dengan hanya menggunakan motorsikal. Apabila perniagaan ini diterima baik oleh orang ramai, kami akan memasarkan konsep perniagaan ini kepada umum seterusnya mereka boleh membuka kedai kopi bergerak di bawah jenama Brotherhood & Co.

                Sejajar dengan kemajuan dan peredaran zaman, konsep sebegini dilihat sebagai inovasi dan idea berimpak tinggi dalam menjalankan perniagaan. Orang ramai juga boleh mula berniaga dengan kos yang rendah sekitar kurang dari RM1000 untuk memasang kelengkapan penyediaan minuman kopi di bahagian motorsikal yang disediakan khas oleh pihak Brotherhood & Co. Sesiapa sahaja sudah boleh menjual minuman tanpa batasan tempat dan waktu dengan motorsikal masing-masing.


Comments

BACA!

PEMANGKIN KEJAYAAN USAHAWAN

Oleh: Akmal Radzuan@akmalduanz Bidang keusahawanan menjadi pencetus kepada kemajuan ekonomi negara. Para usahawan dalam negara memainkan peranan penting dalam setiap bidang perniagaan yang mereka kendalikan. Sudah pasti di sebalik kejayaan seorang usahawan, ada pencetus dan pemangkin kepada sesebuah kejayaan yang digapai. Terdapat elemen-elemen pemangkin kejayaan usahawan yang memacu kemajuan perniagaan seseorang usahawan itu. Faktor-faktor ini sememangnya membawa kepada kejayaan seseorang usahawan dan bakal usahawan khususnya para usahawan muda dalam mendepani dunia perniagaan masa kini. Antara pemangkin kejayaan seseorang usahawan muda ialah : 1.        Ilmu Ilmu penyuluh kehidupan. Islam amat menitikberatkan tentang ilmu. Segala apa yang kita lakukan di dunia ini memerlukan ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Kita tidak akan mengetahui apa-apa melainkan dengan ilmu yang kita tuntut atau kita pelajari. Seperti seorang usahawan, kepen...

LANGKAH - LANGKAH MEMULAKAN PERNIAGAAN

oleh: Akmal Radzuan @akmalduanz Perniagaan boleh disimpulkan sebagai seni mengambil duit orang. Setuju? Atau ianya persepsi. Jika diteliti, definisi perniagaan ialah sebuah bentuk organisasi yang sah dan diiktiraf untuk menyediakan barangan atau perkhidmatan atau kedua-duanya kepada para pelanggan. Apa yang lebih penting, perniagaan dibina untuk memberikan manfaat kepada pelanggan. Soal keuntungan itu sudah pasti akan diterima kerana keuntungan hasil jual beli datangnya daripada perniagaan. Saya akui, kecenderungan menjadi usahawan dan membina sebuah perniagaan ini lahir daripada minat dan tidak semua yang memiliki minda sebegini. Minat dalam perniagaan juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor dorongan. Ramai yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan namun tidak menjumpai jalan untuk meneruskan niat dalam keusahawanan. Ramai juga yang takut untuk membina sesebuah perniagaan kerana memikirkan modal wang ringgit dan tidak berani menghadapi sebarang risiko. Ada juga yang meng...

NADIA THAHERAH EZLAN - BIJAK MENGAMBIL PELUANG, FOKUS PERKUKUHKAN PERNIAGAAN ONLINE

Oleh: Akmal Duanz NADIA THAHERAH EZLAN       Mula berurus niaga dengan hanya menjual 10 pasang kain telekung solat kepada rakan-rakan di kampus, usahawan muda manis jelita iaitu Nadia Thaherah Ezlan yang merupakan pengarah urusan Kurta Lelaki Malaya bijak mengambil peluang memperlebar perniagaan jualan pakaian yang dibina secara atas talian seawal tahun 2014 ketika dirinya masih bergelar mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Perniagaan di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.                 Bibit-bibit penglibatan beliau dalam dunia perniagaan banyak terinspirasi daripada atuknya terutama selepas ketiadaan ibu yang telah meninggal dunia sewaktu beliau sebagai pelajar tingkatan satu di sekolah Maahad Muhammadiah Perempuan, Kota Bharu. Arwah atuknya aktif menjalankan perniagaan kain dan pakaian serta memiliki kedai runcit di Kuantan, Pahang dan sejak di bangku sekolah lagi, beliau se...